REFLEKSI MAKRO 2
|
Tarikh:
|
18
April 2018
|
||||
|
Kelas:
|
4
Bestari
|
||||
|
Matapelajaran:
|
Kesusasteraan
Melayu
|
||||
|
Hasil
Pembelajaran:
|
|
||||
|
ABM/bahan
sumber yang digunakan:
|
Guru telah menggunakan pelbagai
jenis bahan bantu mengajar seperti papan tulis, buku teks Kubentang Sehelai Peta, komputer riba,
LCD, Powerpoint, Youtube, nota tidak lengkap, lembaran
kerja, sampul berwarna, kertas sebak, peta i-think.
Dalam set induksi, guru telah
menggunakan video yang diambil daripada Youtube
sebagai rangsangan awal kepada murid berkaitan pelajaran pada hari itu.
Murid kelihatan memberikan fokus dan seronok terhadap video tersebut. Melalui
tayangan video itu, guru telah menajalankan sesi soal jawab kepada murid dan
murid dapat menjawab dengan tepat mengenai jenis watak yang terdapat dalam
video itu. Oleh itu, murid tahu bahawa mereka akan belajar berkaitan jenis
watak.
Langkah satu guru menggunakan
slaid Powerpoint dan nota tidak lengkap sebagai bahan bantu mengajar. Slaid
itu dijadikan sebagai panduan dan rangsangan kepada murid semasa guru sedang
memberikan penerangan. Manakala nota yang tidak lengkap itu perlu
dilengkapkan semasa guru memberikan penerangan supaya murid dapat menghafal
dan memahami dengan lebih mudah. Dengar, baca dan tulis merupakan kaedah yang
sangat berkesan dalam memudahkan proses kefahaman dan hafalan murid. Oleh
itu, penggunaan Powerpoint dan nota yang tidak lengkap tersebut sangat
membantu murid dalam meningkat tahap penguasaan dan kefahaman mereka.
Langkah dua pula, guru telah
mengedarkan kertas sebak yang telah dilukiskan peta i-think (rajah pohon) yang perlu dilengkapkan oleh murid
semasa aktiviti Three Stray One Stay
dijalankan. Melalui penggunaan peta i-think
tersebut murid mudah untuk memahami dan membezakan jenis watak disamping
menguji tahap kekreatifan murid untuk menggunakan peta i-think tersebut. Hal ini bukan sahaja melibatkan murid dalam
pembelajaran abad ke 21 tetapi murid juga mendapat pengalaman dan pengetahuan
baru dalam proses pembelajaran mereka. Suasana pembelajaran yang bersifat
afektif dan bekesan mampu dicapai oleh guru dalam kelas tersebut. Manakala
sampul berwarna pula digunakan untuk menentukan watak yang diperolehi oleh
setiap kumpulan untuk ditentukan jenis watak dan menyatakan contoh yang
bersesuaian.
Dalam langkah tiga, guru telah
menggunakan lembaran kerja untuk penilaian murid terhadap pembelajaran hari
ini. Pemerhatian guru mendapati murid dapat menjawab lembaran kerja dengan
baik dan tepat namun terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat menjawab
dengan baik. Murid tersebut akan dijalankan kajian tindakan kepada mereka
agar dapat membantu mereka dalam meningkatkan tahap penguasaan mereka
terhadap pembelajaran tersebut. Melalui lembaran kerja juga guru dapat
melihat bahawa objektif pembelajaran guru pada haru tersebut telah tercapai.
|
||||
|
Strategi
pengajaran yang digunakan hari ini (terangkan bagaimana strategi telah
dilaksanakan):
|
Strategi pengajaran yang telah
digunakan oleh guru adalah strategi berpusatkan pelajar, berpusatkan guru,
berpusatkan aktiviti dan berpusatkan bahan. Guru telah telah mengaplikasaikan
ketiga-tiga strategi pengajaran ini dalam proses pengajaran yang bermula
daripada set induksi sehinggalah ke penutup.
Strategi
berpusatkan pelajar merupakan proses pengajaran yang menjadikan murid sebagai
pemain utama dalam P&P dan menggalakkan murid untuk melibatkan diri
secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran. Kebiasaanya dalam strategi ini
guru akan manjalankan aktviti-aktiviti secara berkumpulan, perbincangan atau
berpasangan. Murid diberi kebebasan
untuk menyumbangkan idea, meneroka dan menyelesaikan masalah pembelajaran
dengan sendiri dan guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara.
Strategi
berpusatkan guru pula merupakan strategi yang menjadikan guru sebagai peranan
utama yang mengawal segala aktiviti dan pengajaran yang dilaksanakan. Murid
hanya bertindak sebagai penonton dan pendengar terhadap penerangan yang
diberikan oleh guru. Murid tidak diberi peluang untuk menyumbangkan idea
mereka sendiri dan hanya bertindak sebagai pendengar maklumat yang
disampaikan. Strategi ini kebiasaannya dilaksanakan dengan menggunakan
teknik-teknik pengajaran tradisional iaitu teknik penerangan, teknik kuliah,
teknik Chalk dan Talk dan
sebagainya. Penggunaan strategi ini dalam aras globalisasi dan pemodenan masa
kini masih boleh digunakan tetapi dengan syarat menggabungkan strategi ini
dengan strategi-strategi pengajaran lain supaya dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih berkesan.
Strategi
berpusatkan aktiviti pula merupakan proses pengajaran yang melibatkan murid
dalam melaksanakan aktiviti yang memberi peluang kepada mereka untuk memilih
atau mengaplikasikan pembelajaran yang dipelajari. Melalui aktiviti murid
dapat meningkatkan tahap intelek, rohani, sosial dan jasmani mereka dengan
lebih berkesan. Sebagai contoh aktiviti lakonan, perbincangan, permainan dan
sebagainya.
Akhir
sekali ialah strategi pengajaran berpusatkan bahan iaitu lebih menekankan
kepada penggunaan dan peranan bahan-bahan pengajaran seperti bahan bantu
mengajar dan bahan bantu beajar dalam P&P. Kedua-dua bahan ini digunakan
bagi memudahkan guru dalam mengendalikan pengajaran dan membantu pembelajaran
pelajar disamping menjadi daya penarik kepada perhatian pelajar. Bahan-bahan
pengajaran ini boleh bersifatkan ICT mahupun bahan-bahan maujud. Terpulang
kepada kreativiti guru dan tahap pencapaian pelajar itu sendiri.
Pada set induksi guru telah
menggunakan strategi berpusatkan bahan dan strategi berpusatkan pelajar. Hal
ini dapat dilihat apabila guru telah memaparkan video yang dimuat turun
daripada Youtube sebagai tontonan
pelajar. Murid menonton video tersebut dengan penuh perhatian dan mencatat
segala maklumat penting yang terkandung dalam video tersebut. Seterusnya guru
juga telah menggunakan strategi berpusatkan pelajar dengan mengadakan sesi
soal jawab bersama murid berkaitan video tersebut secara individu. Murid
diberi kebebasan untuk menyatakan idea dan kefahaman mereka berkaitan video
tersebut dan guru bertindak sebagai pendengar dan menjelaskan secara tepat
jika terdapat kesalahan dalam idea yang disampaikan oleh murid. Murid
diberikan peneguhan berbentuk pujian terhadap idea yang dikemukakan.
Langkah satu pula merupakan sesi
penerangan terhadap pengajaran yang akan disampaikan oleh guru. Oleh itu guru
telah menggunakan strategi berpusatkan guru dan strategi berpusatkan bahan.
Hal ini dapat dilihat melalui aktiviti penerangan yang disampaikan oleh guru
tentang jenis-jenis watak melalui penggunaan slaid Powerpoint. Dalam langkah ini guru memberikan penerangan kepada
pelajar secara terperinci tentang jenis-jenis watak dan guru telah
menyediakan nota yang tidak lengkap kepada pelajar untuk dilengkapkan semasa
proses pengajaran dan penerangan dijalankan. Penggunaan slaid Powerpoint sebagai bahan bantu
mengajar bertujuan untuk menarik minat dan perhatian murid terhadap penerangan
yang diberikan serta menjadi rujukan dan panduan kepada murid secara lebih
jelas. Murid bukan hanya dapat mendengar penerangan guru malah dapat melihat
dan membaca slaid yang dipaparkan dan mencatat pada nota yang telah guru
edarkan. Oleh itu, proses pembelajaran berjalan dengan lebih berkesan.
Seterusnya, dalam langkah dua guru
telah menggunakan strategi pengajaran berpusatkan pelajar, berpusatkan
aktiviti dan berpusatkan bahan melalui aktiviti secara berkumpulan iaitu Three Stray One Stay yang dibantu
dengan kertas sebak yang telah dilukis sebuah peta i-think (rajah pohon)
untuk dilengkapkan oleh murid. Dalam langkah itu murid diberi kebebasan untuk
berbincang secara dalam kumpulan yang telah ditetapkan dan berpeluang untuk
menyumbangkan idea mereka. Guru hanya bertindak sebagai pemudahcara dengan
memantau dan membantu murid yang memerlukan bantuan. Setiap kumpulan
diberikan watak yang berbeza berdasarkan drama Anna, melalui watak tersebut murid perlu menetukan jenis watak
dan memberikan contoh yang bersesuaian lalu melengkapkan peta i-think yang
telah diedarkan. Kemudian, tiga orang wakil dari setiap kumpulan perlu
bergerak ke kumpulan lain untuk mendapatkan maklumat tentang watak yang lain.
Manakala seorang lagi akan membentangkan dan memberi penerangan terhadap
watak yang mereka perolehi kepada ahli kumpulan lain. Murid perlu mencatat
nota berdasarkan maklumat yang dibentangkan dan setelah masa tamat murid akan
kembali ke kumpulan masing-masing untuk melengkapkan sepenuhnya peta i-think
mereka berdasarkan maklumat yang telah diperolehi. Jadi jelaslah bahawa guru
telah menggunakan tiga strategi
pengajaran dalam langkah ini iaitu berpusatkan pelajar dengan aktiviti
kumpulan, perbincangan dan pembentangan dan berpusatkan bahan dengan
penggunaan peta i-think serta berpusatkan aktiviti iaitu aktiviti Three Stray One Stay. Guru hanya
bertindak sebagai pemudahcaraan dengan memerhati dan menilai setiap aktiviti
murid.
Langkah tiga pula guru telah
menerapkan strategi berpusatkan bahan. Hal ini kerana dalam langkah ini guru
telah menggunakan lembaran kerja sebagai bahan untuk menilai tahap penguasaan
dan kefahaman pelajar terhadap pembelajaran mereka pada hari tersebut. guru
mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid, dan murid diberi masa selama
10 minit untuk menyelesaikan tugasan mereka dan kemudian guru akan mengutip
lembaran kerja tersebut bagi tujuan semakan dan penilaian.
Pada langkah akhir iaitu bahagian
penutup, guru menggunakan strategi berpusatkan pelajar iaitu mengadakan sesi
soal jawab dan refleksi pelajar tentang pembelajaran mereka pada hari ini.
Guru menyoal murid tentang jenis watak yang terdapat dalam drama Anna beserta contoh dan murid dapat
menjawab dengan tepat. Pada bahagian refleksi pula, murid diberi kebebasan
untuk menyampaikan idea dan pendapat mereka tentang pembelajaran harini
manakala guru bertindak sebagai pendengar serta menambah dan memperbaiki
maklumat yang disapaikan oleh murid. Jadi jelaslah bahawa pada bahagian
penutup ini guru memberi kebebasan kepada pelajar untuk menyatakan pendapat
mereka secara keseluruhan tentang pengajaran dan pembelajaran pada hari ini
selari dengan strategi yang digunakan oleh guru iaitu berpusatkan pelajar.
|
||||
|
Adakah
hasil pembelajaran saya dicapai? Bagaimana saya tahu?
|
Objektif
pembelajaran yang pertama ialah pada akhir pembelajaran murid dapat
menjelaskan sekurang-kurangnya tiga jenis watak dalam drama melalui aktiviti
soal jawab. Hasil pembelajaran ini tercapai melalui aktiviti yang dijalankan
oleh guru pada langkah satu. Dalam langkah satu, guru memberi penerangan
terlebih dahulu kepada pelajar tentang jenis-jenis watak menggunakan bahan
bantu mengajar Powerpoint. Setelah
selesai memberi penerangan, guru mengadakan soal jawab bersama pelajar dengan
bertanyakan semula jenis-jenis watak yang telah diterangkan oleh guru. Tiga
orang pelajar secara sukarela telah berani memberikan jawapan dengan tepat.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa murid telah memahami jenis-jenis watak yang
ada dalam sesebuah drama.
Seterusnya, objektif yang kedua
pula ialah murid dapat mengkategorikan sekurang-kurangnya tiga watak dalam
drama Anna melalui peta i-think. Objektif pembelajaran ini juga
tercapai kerana murid secara dalam kumpulan telah diberi sebuah kertas sebak
yang mengandungi peta i-think. Secara dalam kumpulan, murid diminta untuk
mengkategorikan watak yang mereka
perolehi mengikut jenis dan contohnya. Kemudian, apabila aktiviti Three Stray
One Stay murid perlu mendapatkan maklumat dari kumpulan lain untuk melengkapkan
peta i-think mereka. Hasil daripada aktiviti ini guru mendapati setiap
kumpulan telah berjaya mengkategorikan watak yang mereka perolehi mengikut
jenisnya. Peta i-think yang telah
lengkap membuktikan bahawa murid telah berjaya mengkategorikan jenis watak
berdasarkan drama Anna.
|
||||
|
Adakah
murid saya melibatkan diri secara produktif /aktif? Kalau ya - bagaimana saya
tahu? Kalau tidak – mengapa?
|
Semasa proses pembelajaran dan
pemudahcaraan, guru mendapati murid telah memberikan kerjasama yang baik dan
melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Murid
empat bestari merupakan murid yang terdiri daripada murid yang mempunyai
tahap kebolehan dan pencapaian yang sederhana oleh itu mereka masih berminat
menjalankan setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru. Sebagai buktinya,
semasa aktiviti set induksi guru telah memaparkan video berkaitan seorang
kakak yang didera oleh adik tirinya, selepas tanyangan video tersebut guru
mengadakan sesi soal jawab kepada pelajar dan guru mendapati murid dapat
menjawab dengan tepat. Begitu juga dalam langkah satu guru memberikan
penerangan kepada murid tentang jenis watak yang terdapat dalam drama melalui
penggunaan bahan bantu mengajar iaitu Powerpoint,
murid mendengar dan mencatat nota berdasarkan penerangan tersebut dan setelah
selesai memberi penerangan guru mengadakan sesi soal jawab berkaitan jenis
watak tersebut dan guru dapati murid dapat menjawab dengan tepat. Murid
dengan sukarela berani tampil ke hadapan bagi menyumbangkan idea mereka
melalui soalan yang dikemukakan oleh guru. Dalam langkah dua pula, murid
kelihatan sangat seronok dalam menjalankan aktiviti Three Stray One Stay. Tiga orang murid dalam setiap kumpulan
perlu bergerak ke kumpulan lain untuk mendapatkan maklumat tentang jenis
watak lain, manakala ahli kumpulan yang tinggal itu perlu memberi penerangan
kepada kumpulan lain tentang jenis watak yang mereka perolehi. Setelah
selesai mendapatkan maklumat daripada setiap kumpulan, ahli kumpulan perlu
kembali ke kumpulan mereka dan menyumbangkan idea yang mereka perolehi untuk
melengkapkan peta i-think yang diberikan oleh guru. Hasil daripada
pemerhatian guru, guru dapati pelajar komited dalam menjalankan tugas mereka
dan aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Murid menjalankan aktiviti
dengan baik dan kesemua kumpulan dapat melengkapkan peta i-think mereka.
Akhir sekali, dalam langkah penutup, guru telah meminta pelajar untuk
menyatakan semula jenis watak yang telah dipelajari dan mengkategorikan jenis
watak yang terdapat dalam drama Anna.
Beberapa orang murid secara sukarela telah memberikan jawapan dengan tepat
iaitu menyenaraikan jenis watak yang telah dipelajari dan mengkategorikan
jenis watak dalam drama Anna. Guru
juga meminta pelajar untuk memberikan refleksi pembelajaran pada hari ini dan
murid mengatakan bahawa mereka sangat seronok dengan aktiviti yang dijalankan
dan mereka faham tentang pelajaran mengenai jenis watak. Jelaslah menunjukkan
bahawa murid empat bestari merupakan murid yang aktif dan produktif kerana
berani menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh guru dan menjalankan
aktiviti Three Stray One Stay dengan begitu baik dari aspek pembentangan yang
lancar dan dapat melengkapkan peta i-think dengan dengan betul.
|
||||
|
Adakah
saya mengubah rancangan pengajaran saya semasa pengajaran saya? Mengapa?
|
Ya,
saya telah mengubah rancangan pengajaran saya pada bahagian langkah dua iaitu
permainan Three Stray One Stay. Berdasarkan
rancangan pengajaran harian, setiap kumpulan dikehendaki membentangkan peta i-think mereka yang telah disiapkan
dihadapan kelas supaya guru dapat menilai manakala murid dapat melihat dengan
jelas kategori watak yang terdapat dalam drama tersebut dan membandingkan
jawapan mereka dengan jawapan kumpulan lain. Selain itu, guru juga dapat
membuat penilaian terhadap ketepatan peta i-think
yang telah disiapkan dan bagaimana cara pelajar berkomunikasi di hadapan
kelas dari aspek keberanian, kerjasama dan bahasa yang digunakan. Namun
begitu, oleh kerana guru kekurangan masa untuk menjalankan aktiviti
pembentangan untuk setiap kumpulan, guru telah mengambil inisiatif dengan
mengubah rancangan pengajaran harian ini dan tidak menjalankan aktiviti
pembentangan peta i-think tetapi
guru mengadakan sesi soal jawab kepada setiap kumpulan berkaitan jenis watak
yang terdapat dalam peta i-think
tersebut. Oleh itu guru menilai pelajar melalui ketepatan jawapan, keyakinan
dan keberanian murid. Guru juga bergerak ke setiap kumpulan untuk menilai
sama ada peta i-think telah
dilengkapkan atau tidak dilengkapkan dan terdapat kesalahan pada peta i-think tersebut.
|
||||
|
Apakah
bantuan tambahan, sokongan, dan / atau sumber-sumber lain yang dapat
pertingkatkan pelajaran ini lagi?
|
Semasa guru menjalankan proses
pembelajaran dan pemudahcaraan, bantuan tambahan yang dapat mempertingkatkan
lagi pelajaran ini adalah melalui lakonan. Hal ini kerana watak merupakan
sesuatu yang berkait rapat dalam dunia lakonan. Oleh itu guru berasa dengan
mengadakan lakonan dalam aktiviti yang dijalankan akan menimbulkan lagi
suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Hal ini kerana lakonan
melibatkan penggunaan pancaindera mata dan telinga untuk melihat dan
mendengar setiap watak dan dialog yang terdapat dalam drama Anna. Melalui lakonan tersebut murid
dapat mengingati dengan lebih mudah jenis watak yang ditetapkan untuk setiap
watak yang ada. Murid bukan sahaja diberi kebebasan untuk menonjolkan diri di
hadapan kelas, meningkatkan keyakinan diri tetapi juga dapat mengasah bakat
dan minat mereka terhadap mata pelajaran sastera. Guru boleh memasukkan
aktiviti lakonan ini pada langkah dua iaitu semasa aktiviti Three Stray One Stay, aktiviti
pembentangan boleh diubah kepada aktivti lakonan. Murid perlu melakonkan
setiap watak dengan gaya dan reaksi yang bersesuaian mengikut jenis watak
tersebut. Disini guru dapat menilai tahap kreativiti, kegigihan dan
keberanian pelajar dalam mempersembahkan hasil kerja mereka di hadapan kelas
dan secara tidak langsung guru telah meningkatkan kemahiran intrapersonal
murid.
|
||||
|
Jika
saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk
kumpulan murid yang sama, apakah yang saya akan buat secara berbeza? Mengapa?
|
Jika saya diberi peluang untuk
mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama, saya akan
menggunakan pendekatan pengajaran yang berbeza iaitu dengan menggunakan
pendekatan mengalami dan menghayati. Pendekatan ini merupakan pendekatan yang
bertujuan untuk memupuk pelajar agar lebih menjiwai dan merasai pembelajaran
dengan lebih berkesan supaya dapat memudahkan dan meningkatkan kefahaman dan
ingatan pelajar terhadap pembelajaran tersebut. Teknik yang bersesuaian
dengan pendekatan ini ialah teknik main peranan, teknik lakonan, teknik
simulasi dan sebagainya. Hal ini bukan sahaja dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih menarik tetapi juga dapat menagasah bakat tetapi juga
dapat menarik minat pelajar terhadap dunia sastera. Pembelajaran watak dan
perwatakan amat sesuai diaplikasikan dengan aktiviti yang berunsurkan
lakonan. Bukan sahaja murid dapat melihat secara realiti perbezaan setiap
jenis watak yang ada bahkan murid juga dapat bermain dengan emosi dan
perasaan mereka untuk menghayati dan menjiwai watak-watak yang dilakonkan.
Jika murid tidak dapat melakonkan watak dengan begitu baik, guru boleh
menggunakan aplikasi Youtube untuk
menunjukkan contoh-contoh jenis watak yang dipelajari. Jadinya pelajar lebih
faham dan dapat mengahayati dengan baik pembelajaran watak dan perwatakan
yang disampaikan oleh guru.
Melalui penamahbaikan penggunaan
pendekatan mengalami dan menghayati, guru menggunakan gaya pembelajaran
visual, audio dan kinestatik. Gaya pembelajaran visual melibatkan penggunaan pancaindera mata dan
penglihatan. Pembelajaran yang disampaikan melibatkan penggunaan warna-warna
yang menarik, tontonan video mahupun pelbagai aspek yang melibatkan
penggunaan mata dalam proses pembelajaran. Dalam aktiviti
lakonan, pelajar perlu memberi perhatian terhadap watak yang dilakonkan
melalui aksi, tingkah laku dan pergerakan setiap watak kerana melalui aspek
tersebut murid dapat membezakan jenis setiap watak yang ada. Lakonan yang
dipersembahkan adalah berdasarkan peristiwa yang terdapat dalam drama Anna. Oleh itu pelajar dapat melihat
dan menonton peristiwa dalam drama tersebut melalui lakonan yang
dipersembahkan dan bukan hanya sekadar membayangkan peristiwa yang berlaku
ketika membaca. Gaya pembelajaran audio pula melibatka pendengaran pelajar
semasa lakonan dipersembahkan. Pelajar perlu peka terhadap dialog yang
dilontarkan oleh pelakon kerana melalui dialog juga dapat menentukan jenis
watak tersebut. Guru juga boleh menggunakan background musik semasa
persembahan lakonan tersebut agar murid lebih menjiwai dan menghayati lakonan
dengan lebih berkesan. Gaya pembelajaran kinestatik pula melibatkan
pergerakan dan pengalaman sendiri pelakon tersebut dalam melakonkan watak
masing-masing. Mereka berpeluang untuk menjiwai watak sebagai pelakon dalam
drama Anna melalui aksi dan reaksi
yang akan dipersembahkan dalam lakonan mereka. Hal ini bukan sahaja memberi
pengalaman baru dalam diri murid tetapi juga dapat mengasah bakat dan minat
murid.
Guru perlu menggunakan teknik dan
pendekatan pembelajaran yang berbeza-beza kepada pelajar agar dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang berbeza kepada murid. Murid akan lebih tertarik
dengan berminat untuk menjalankan aktiviti pembelajaran jika guru sentiasa
kreatif dalam menjalankan aktiviti pembelajaran. Penggunaan teknik yang
berulang akan menyebabkan murid berasa bosan, oleh itu guru yang cemerlang
perlulah sentiasa kreatif dalam mengaplikasikan pelbagai teknik dan pedekatan
yang bersesuaian dengan tahap penguasaan murid. Pembelajaran juga akan
berjalan dengan lebih berkesan. Selain itu, tujuannya juga agar dapat
meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran. Guru akan menjadi lebih kreatif
dan bijak dalam memastikan penguasaan setiap muridnya. Guru juga dapat
menentukan gaya pembelajaran yang bersesuaian untuk tahap penguasaan murid.
Guru yang cemerlang adalah guru yang sentiasa mencari cara untuk meningkatkan
tahap pencapaian muridnya dan sentiasa kreatif dalam mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan.
|
||||
|
Apakah
teori pengajaran dan pembelajaran yang saya telah praktikan dalam kelas saya?
Terangkan dengan ringkas.
|
Semasa di dalam kelas, guru telah
menggunakan pelbagai jenis teori dan model pembelajaran secara tidak langsung
seperti model masteri, teori behaviorisme, inkuiri penemuan, pembelajaran
kontekstual dan kemahiran interpersonal.
Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ini guru telah menggunakan model pembelajaran masteri iaitu
berfokus kepada penguasaan murid terhadap perkara yang dipelajari. Model ini
memberi peluang kepada murid untuk maju mengikut kemampuan dan kebolehan
mereka sendiri serta membantu dalam meningkatkan tahap penguasaan mereka. Hal
ini kerana guru memulakan dengan penentuan hasil pembelajaran, diikuti dengan
proses pengajaran dan pembelajaran kemudian murid yang menguasai pembelajaran
akan diteruskan dengan aktiviti penggayaan manakala murid yang tidak
menguasai pembelajaran akan menjalani aktiviti pemulihan (kajian tindakan).
Seterusnya, guru juga telah
mengaplikasikan teori behaviorisme yang menumpukan kepada rangsangan daripada
guru dan gerak balas daripada pelajar. Secara umumnya teori behavioris
menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala
perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran, murid yang dapat menjawab soalan dengan
baik akan diberikan pujian dan tepukan semangat manakala murid yang tidak
dapat menjawab soalan yang diajukan akan diberikan kata-kata semangat agar
murid tersebut tidak berputus asa dan terus berjuang untuk memperbaiki
kesalahan mereka.
Guru juga menggunakan pendekatan
inkuiri penemuan dalam pengajaran ini iaitu dalam aktiviti Three Stray One Stay. Inkuiri penemuan
merupakan proses mencari maklumat melalui penyoalan, reka cipta, perbincangan
dan pembentagan. Aktiviti yang melibatkan pelajar sepenuhnya dalam aktiviti
pembelajaran. Dalam langkah dua, guru telah menjalankan aktiviti Tree Stray One Stay, murid perlu
bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan seterusnya bagi mendapatan maklumat
baru manakala seorang murid perlu tinggal di kumpulan mereka untuk memberi
penerangan kepada kumpulan lain. Hal ini jelas menunjukkan bahawa murid perlu
mengumpul segala maklumat daripada kumpulan lain untuk melengkapkan peta
i-think yang telah disedikan oleh guru.
Guru turut juga mengaitkan isi
pelajaran iaitu mengenai watak dan perwatakan dengan pengalaman harian
individu dan masyarakat dalam set induksi. Semasa memberi penerangan tentang
jenis-jenis watak, guru juga menggunakan contoh-contoh berdasarkan pengalaman
yang ada agar murid lebih faham tentang pelajaran yang disampaikan. Akhir
sekali, guru juga turut menerapkan kemahiran interpersonal dalam proses
pembelajaran murid melalui aktiviti perbincangan dan pembentangan. Kemahiran
interpersonal melihat bagaimana murid dapat bekerja dalam kumpulan,
berbincang, bertukar-tukar pendapat serta berkomunikasi dengan baik dalam
kumpulan. Guru menekankan aspek ini kepada pelajar agar dapat membantu dalam
meningkatkan tahap keyakinan murid dan memupuk nilai kerjasama dan kepimpinan
yang tinggi untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian murid.
|
No comments:
Post a Comment