REFLEKSI MAKRO 1
|
Tarikh:
|
27
Mac 2018
|
||||
|
Kelas:
|
4
Bestari
|
||||
|
Matapelajaran:
|
Kesusasteraan
Melayu
|
||||
|
Hasil
Pembelajaran:
|
|
||||
|
ABM/bahan
sumber yang digunakan:
|
Papan
tulis, buku teks Kubentang Sehelai Peta,
komputer riba, LCD, Powerpoint, Youtube, nota, lembaran kerja, E-kad
bergambar, kad dialog.
Dalam set induksi guru telah
menggunakan video yang diambil daripada Youtube
sebagai rangsangan kepada pelajar berkaitan topik pelajaran pada hari
tersebut. Video tersebut memaparkan tentang seorang perempuan yang mempunyai
perwatakan yang baik. Oleh itu, guru telah menyoal pelajar tentang perwatakan
yang ada pada perempuan tersebut. Murid dapat menjawab dengan baik soalan
yang dikemukakan dan murid kelihatan bergitu seronok dan tertaik terhadap
tayangan video tersebut.
Langkah dua, guru juga telah
menggunakan Powerpoint sebagai
sumber rujukan kepada guru dan murid semasa guru memberikan penerangan
tentang definisi watak dan perwatakan dan jenis perwatakan. Slaid yang
mempunyai variasi warna dan pergerakan yang menarik telah menarik pancaindera
dan minat murid untuk memberi perhatian terhadap penerangan yang disampaikan
oleh guru. Manakala penggunaan nota yang tidak lengkap yang diedarkan kepada
setiap pelajar juga digunakan untuk dilengkapkan semasa guru memberi
penerangan menjadikan murid lebih fokus terhadap penerangan yang diberikan.
Langkah tiga pula, guru telah
menggunakan E-Kad bergambar sebagai bahan bantu mengajar untuk menentukan
setiap watak untuk setiap kumpulan. Murid kelihatan sangat tertarik dengan
penggunaan gambar yang digunakan oleh guru sebagai bayangan terhadap setiap
watak yang terdapat dalam drama Anna.
Melalui gambar tersebut, murid mencari perwatakan dalaman dan luaran yang
ada. Disini kemampuan berfikir secara kritis pelajar diasah untuk menentukan
siapakah watak berdasarkan E-kad bergambar tersebut.
Penggunaan lembaran kerja
digunakan dalam langkah tiga sebagai bahan untuk menilai tahap kefahaman dan
penguasaan murid dalam pelajaran hari ini. Berdasarkan lembaran kerja guru
dapati kesemua murid dapat menguasai pembelajaran dengan berkesan yang
membuktikan bahawa murid telah mencapai objektif pembelajaran.
Akhir sekali, guru telah
menggunakan kad dialog dalam bahagian penutup sebagai rujukan murid untuk
melakonkan watak mereka. Dalam langkah ini guru telah meminta dua orang murid
melakonkan peristiwa berdasarkan kad dialog yang disediakan. Berdasarkan
lakonan tersebut guru akan mengadakan soal jawab kepada murid. Guru mendapati
kad dialog ini sangat membantu pelajar untuk menjalankan aktiviti lakonan,
murid lain juga lebih seronok terhadap lakonan yang dipersembahkan. Oleh itu,
secara tidak langsung guru telah mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif
dan menarik.
|
||||
|
Strategi
pengajaran yang digunakan hari ini (terangkan bagaimana strategi telah
dilaksanakan):
|
Guru
telah menggunakan strategi berpusatkan guru dalam set induksi. Strategi
berpusatkan guru merupakan strategi yang sering digunakan oleh guru-guru
dengan cara memberikan penerangan, demonstrasi, panduan, memberi latihan dan
sebagainya. Strategi ini juga dikenali sebagai teknik pengajaran tradisional
seperti teknik penerangan, teknik kuliah, teknik chalk and talk, teknik syarahan dan sebagainya. Oleh itu, melalui
aras globalisasi masa kini, penggunaan startegi pemusatan guru ini boleh
digunakan tetapi perlulah dicampurkan dengan strategi-strategi lain supaya
dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan. Dalam set induksi
guru menayangkan video berdurasi satu minit tentang seorang perempuan yang
cantik. Selepas tayangan video tersebut, murid disoal tentang perwatakan yang
terdapat dalam video itu dan murid dapat menjawab soalan dengan baik. Langkah
satu pula guru masih menggunakan strategi berpusatkan guru kerana guru ingin
memberikan penerangan menggunakan aplikasi Powepoint sebagai bahan bantu mengajar kepada pelajar mengenai
definisi watak dan perwatakan serta sifat dalaman dan sifat luaran yang
terdapat dalam setiap watak. Murid mendengar dan mencatat nota berdasarkan
nota yang tidak lengkap yang telah diedarkan oleh guru.
Pada
langkah dua pula, guru mengaplikasikan strategi berpusatkan murid dan
berpusatkan bahan. Strategi berpusatkan murid merupakan pendekatan pengajaran
yang memberi kebebasan kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat secara
sendiri tetapi di atas bimbingan guru. Guru hanya bertindak sebagai
fasilitator dengan memantau dan membimbing pelajar. Manakala startegi
berpusatkan bahan pula merupakan strategi pengajaran yang menggunakan bahan
bantu mengajar atau bahan bantu belajar sebagi sumber dalam proses pengajaran
yang bertujuan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebuh interaktif
dan menarik. Dalam langkah ini, guru meminta pelajar untuk membentuk lima
kumpulan. Kemudian murid diterangkan tentang aktiviti Siapa Aku?. Melalui aktiviti ini setiap kumpulan diminta untuk
memilih E-Kad Bergambar mengikut warna pilihan mereka. Berdasarkan kad
tersebut terdapat gambar watak yang terdapat dalam drama Anna. Oleh itu murid perlu mencari maklumat mengenai watak yang
terpapar dalam E-Kad Bergambar tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa guru
telah menggunakan strategi berpusatkan bahan dalam langkah ini. Selain itu,
guru juga turut menggunakan strategi berpusatkan pelajar apabila guru meminta
pelajar berbincang secara dalam kumpulan untuk menyenaraikan sifat dalaman
dan sifat luaran watak tersebut berdasarkan drama Anna. Kemudian mengaplikasikan maklumat yang mereka perolehi
melalui teknik bercerita manakal kumpulan lain perlu meneka siapakah watak
yang diceritakan. Guru hanya
bertindak sebagai pemudahcara dengan memantau setiap aktiviti perbincangan
dan pembentangan murid.
Langkah
tiga pula, guru telah menggunakan strategi berpusatkan pelajar iaitu dengan
menggunakan lembaran kerja sebagai bahan kepada murid untuk menguji tahap
kefahaman mereka. Murid diedarkan lembaran kerja kepada setiap individu dan
diberi masa selama lima minit untuk menyiapkan latihan tersebut. Murid akan
berusaha untuk mengingat kembali apa yang mereka pelajari dan menjawab dengan
baik. Guru hanya bertindak sebagai pemantau dan tidak boleh membantu murid
dengan memberikan jawapan kepada mereka. Akhir sekali pada bahagian penutup,
guru telah menggunakan strategi berpusatkan murid dan berpusatkan bahan iaitu
murid dua orang murid dipilih secara rawak dan diminta untuk melakonkan
peristiwa berdasarkan teks dalam drama Anna
dengan menggunakan Kad Dialog bahan bantu mengajar yang telah disediakan oleh
guru. Melalui lakonan tersebut murid perlu mengemukakan pendapat mereka
tentang peristiwa tersebut manakala guru bertindak sebagai pemerhati dan
membuat rumusan keseluruhan tentang pengajaran pada hari tersebut.
|
||||
|
Adakah
hasil pembelajaran saya dicapai? Bagaimana saya tahu?
|
Objektif pembelajaran
yang pertama adalah pada akhir pembelajaran murid dapat menyatakan definisi
watak dan perwatakan dengan tepat melalui aktiviti soal jawab. Hal ini dapat
dilihat dalam langkah satu dimana pada awal pembelajaran guru meminta murid
menyatakan definisi watak dan perwatakan mengikut kefahaman mereka, dan
setelah itu guru akan memberikan penerangan tentang definisi watak dan
perwatakan secara tepat. Kemudian guru memilih beberapa orang pelajar untuk
memberikan definisi watak dengan tepat. Melalui soal jawab tersebut murid
dapat menyatakan definisi watak dan perwatakan dengan tepat dan betul.
Manakala objektif
pembelajaran yang kedua pula, murid dapat menjelaskan sekurang-kurangnya tiga
sifat luaran dan sifat dalaman watak dalam drama Anna melalui aktiviti perbincangan. Keberhasilan hasil
pembelajaran ini dapat dilihat dalam langkah dua iaitu pelajar secara dalam
kumpulan diminta untuk membincangkan sifat luaran dan sifat dalaman watak
yang mereka perolehi berdasarkan drama Anna.
Manakala hasil daripada maklumat yang mereka perolehi, murid perlu
membuat pembentangan menggunakan teknik bercerita manakala kumpulan lain
perlu mengenalpasti siapakah watak yang diceritakan tersebut. Disini guru
memerhatikan setiap aktiviti perbincangan dan pembentangan murid dan guru
dapati murid dapat menyenaraikan dengan baik dan tepat sifat dalaman dan
sifat luaran watak yang mereka perolehi.
|
||||
|
Adakah
murid saya melibatkan diri secara produktif /aktif? Kalau ya - bagaimana saya
tahu? Kalau tidak – mengapa?
|
Sepanjang proses pengajaran dan
pemudahcaraan berlangsung guru mendapati murid empat bestari memberikan
kerjasama yang baik dan aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Sebagai
buktinya, dalam set induksi guru telah menggunakan video sebagai bahan untuk
menarik minat murid dan apabila guru bertanyakan soalan berdasarkan video
tersebut kepada murid, murid dapat menjawab dengan baik dan tepat. Ini
menujukkan murid telah memberikan perhatian yang penuh terhadap video yang
ditayangkan. Kemudian, dalam langkah dua pula, guru menjalankan aktiviti Siapa Aku dan meminta pelajar
membentuk kumpulan. Dalam aktiviti ini guru melihat murid dapat memberikan
kerjasama yang baik dalam perbincangan kumpulan dan terlibat aktif dengan
bertanyakan soalan kepada guru jika terdapat sebarang masalah. Murid juga
berani tampil kehadapan untuk membentangkan maklumat yang mereka perolehi
dengan menggunakan kaedah bercerita. Akhir sekali, dalam aktiviti penutup
guru menggunakan teknik lakonan dengan meminta beberapa orang murid untuk
melakonkan peristiwa berdasarkan kad dialog yang diberikan. Murid telah
melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran kerana murid dengan
rela hati tampil kehadapan apabila guru meminta mereka untuk melakonkan
peristiwa yang diberikan dan murid dapat melakonkan dengan baik. Apabila guru
mengadakan soal jawab berdasarkan lakonan tersebut murid dapat menjawab
soalan guru dengan tepat.
|
||||
|
Adakah
saya mengubah rancangan pengajaran saya semasa pengajaran saya? Mengapa?
|
Guru telah mengubah rancangan
pengajaran harian pada bahagian langkah satu kerana guru terlupa mengedarkan
nota yang tidak lengkap kepada murid untuk dilengkapkan semasa guru membuat
penerangan. Tujuan nota tersebut supaya murid dapat mencatatkan nota
berdasarkan penerangan guru dan lebih faham terhadap proses pembelajaran
tersebut. Jadi guru telah mengubah rancangan pengajaran harian dengan
menggunakan nota tidak lengkap tersebut sebagai lembaran kerja kepada pelajar
pada langkah tiga. Oleh itu, dalam langkah tiga guru telah mengedarkan dua
set lembaran kerja kepada murid untuk disiapkan dalam masa lima minit iaitu
lembaran kerja yang telah disediakan dan nota yang tidak lengkap.
|
||||
|
Apakah
bantuan tambahan, sokongan, dan / atau sumber-sumber lain yang dapat
pertingkatkan pelajaran ini lagi?
|
Semasa guru sedang melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran, guru dapati pelajar lebih menggemari
aktiviti pengajaran yang bercorak permainan dan persaingan. Hal ini dapat
mewujudkan suasanan pembelajaran yang produktif dan aktif. Guru boleh
melakukan aktiviti yang bercorakkan permainan seperti dam ular, dart, kotak
beracun, kerusi bepusing dan sebagainya. Manakala aktiviti bercorak
persaingan pula, adalah seperti aktiviti kuiz dan siapa cepat dia dapat. Guru
hendaklah menyediakan hadiah kepada pemenang supaya dapat menjadi pembangkit
semangat murid untuk berusaha sehabis baik untuk bersaing dengan ahli
kumpulan lain. Aktiviti-ativiti sebegini bukan sahaja dapat menarik minat
murid dalam pelajaran tetapi juga dapat mewujudkan suasanan pembelajaran yang
lebih menarik, aktif dan berkesan. Selain itu, dari aspek penggunaan bahan
bantu mengajar juga adalah penting. Hal ini kerana penggunaan bahan bantu mengajar
dapat mewujudkan suasanan pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Namun
begitu, bahan bantu mengajar yang dihasilkan oleh guru hendaklah menepati
ciri-ciri yang baik dari segi rupa, warna dan kebolehannya. Permainan
warna-warna yang menarik sangat membantu pelajar untuk lebih memberi
perhatian dan teruja terhadap bahan bantu mengajar yang disediakan oleh guru.
|
||||
|
Jika
saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk
kumpulan murid yang sama, apakah yang saya akan buat secara berbeza? Mengapa?
|
Jika
saya diberi peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan
murid yang sama, apa yang akan saya lakukan ialah saya akan menggunakan
teknik pengajaran abad 21 kepada murid tersebut. Hal ini kerana saya dapati
murid-murid kelas 4 Bestari merupakan murid yang aktif dan mampu menjalankan
aktiviti secara berkumpulan dengan baik. Kerjasama dan hubungan yang erat
antara mereka mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang produktif dan
berkesan. Antara teknik pengajaran yang boleh digunakan ialah seperti Gallery Walk, Three Stray One Stay, Think
Pair and Share, dan sebagainya. Teknik pengajaran abad ke 21 ini lebih
menumpukan kepada pengajaran yang berpusatkan pelajar dimana pelajar diberi
kebebasan untuk mencari, mengumpul dan menghuraikan maklumat-maklumat yang
mereka perolehi daripada pelbagai sumber melalui perbincangan dalam kumpulan.
Murid dapat berkongsi-kongsi idea antara satu sama lain di samping dapat
meningkatkan kemahiran intrapersonal, interpersonal dan komunikasi dalam diri
murid. Dalam penambahbaikan dari aspek ini, gaya pembelajaran yang digunakan
dalam aktiviti yang menggunakan teknik pengajaran abad ke 21 adalah gaya
pembelajaran audio dan visual.
Gaya pembelajaran audio
melibatkan pendengaran dan suara dalam proses pembelajaran iaitu melalui
aktiviti penerangan yang akan disampaikan oleh setiap kumpulan kepada
kumpulan lain. Oleh itu, pelajar perlu peka dan mencatat nota terhadap
penerangan yang diberikan oleh setiap kumpulan supaya maklumat yang
disampaikan dapat difahami dan dihafal dengan baik. Guru juga boleh
menggunakan instrumental yang mendamaikan semasa aktiviti dijalankan supaya
dapat merangsang intelek murid dengan lebih baik. Murid juga tidak bosan dan
mengantuk dalam menjalankan aktiviti. Gaya pembelajaran visual pula
melibatkan penggunaan pancaindera mata dan penglihatan. Pembelajaran yang
disampaikan melibatkan penggunaan warna-warna yang menarik, tontonan video
mahupun pelbagai aspek yang melibatkan penggunaan mata dalam proses
pembelajaran. Melalui aktiviti pembelajaran abad ke 21 murid menggunakan gaya
pembelajaran visual apabila guru menggunakan bahan bantu mengajar, kertas
sebak sebagai bahan pembentangan, video-video sebagai bahan teknologi untuk
dipaparkan dan banyak lagi. Melalui visual, pelajar dapat mengingat dan
menghafal dengan lebih mudah tetap gabungan gaya pembelajaran audio dan
visual adalah lebih berkesan untuk membantu murid dalam memahami dan
mengahfal sesebuah pelajaran secara berkesan.
Alasan guru perlu
menggunakan teknik dan pendekatan yang berbeza-beza dalam setiap proses
pengajaran dan pembelajaran adalah supaya dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang berbeza. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan murid daripada
berasa bosan dengan teknik dan pendekatan pengajaran yang sama dan berulang.
Guru perlu kreatif dalam membuat pembaharuan dan inovasi dalam proses
pengajaran agar dapat menarik minat murid terhadap pelajaran. Penggunaan
bahan bantu mengajar dan belajar juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran
yang lebih menarik. Murid bukan sahaja berminat terhadap pembelajaran tetapi
juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan.
|
||||
|
Apakah
teori pengajaran dan pembelajaran yang saya telah praktikan dalam kelas saya?
Terangkan dengan ringkas.
|
Semasa
di dalam kelas, saya telah mempraktikan pelbagai jenis teori dan model
pembelajaran secara tidak langsung seperti teori pembelajaran behaviorisme,
model masteri, model komunikatif dan model kontekstual.
Secara
keseluruhan, guru telah menggunakan model pembelajaran masteri dalam
pengajaran dan pembelajaran iaitu berfokus kepada penguasaan murid di dalam sesuatu
perkara yang dipelajari. Melalui model masteri, murid diberi peluang untuk
maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat
mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran
yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap penguasaan murid. Model
Pembelajaran Masteri dimulakan dengan penentuan hasil pembelajaran, dan
diikuti dengan pengajaran dan pembelajaran. Tujuan menentukan hasil
pembelajaran murid adalah untuk memastikan semua murid berjaya menguasai
pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dengan kadar kemampuan murid.
Setelah dibuat penilaian, murid yang telah menguasai akan diteruskan dengan
aktiviti pengayaan dan bagi murid yang belum menguasai akan diteruskan dengan
aktiviti pemulihan.
Seterusnya, guru juga telah mengaplikasikan
teori behaviorisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teori
behaviorisme menumpukan ujian kepada perhubungan
antara ‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkahlaku.
Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran
akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik
atau sebaliknya. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru telah
memberikan pujian dan tepukan semangat kepada murid setiap kali murid berani
untuk tampil ke hadapan kelas dan berani untuk menjawab solan. Apabila murid
mendapat rangsangan yang positif sebegini daripada guru maka murid menjadi
lebih semangat dan seronok untuk menjawab setiap soalan yang diajukan oleh
guru.
Guru
juga menerapkan kemahiran kontekstual iaitu pembelajaran yang mengaitkan isi
pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan pekerjaan.
Kemahiran ini terdapat pada bahagian penutup, guru telah mengaitkan
pembelajaran mereka dengan kehidupan seharian dan guru juga bertanyakan
kepada pelajar tentang kewajaran perwatakan yang terdapat dalam drama
tersebut untuk dicontohi dalam kehidupan seharian. Murid dapat menjawab dan
mengemukakan pendapat mereka dengan baik serta mengaitkan pembelajaran mereka
dengan pengalaman yang ada.
Akhir
sekali, guru juga telah mengaplikasikan model pembelajaran komunikatif iaitu
dari aspek komunikasi dan bahasa murid semasa aktiviti pembelajaran. Aspek
komunikatif pelajar dilihat dalam langkah dua iaitu semasa murid menggunakan
teknik bercerita dalam pembentangan mereka. Guru menilai pelajar dari aspek
kefasihan, kelancaran, tatabahasa dan isi yang disampaikan oleh murid semasa
bercerita tentang sifat dalaman dan luaran watak yang mereka perolehi. Murid
dapat berinteraksi dengan baik, yakin dan berani di hadapan kelas semasa
aktiviti Siaopa aku? di jalankan.
|
No comments:
Post a Comment