Thursday, May 31, 2018

PENILAIAN MAKRO 1


PENILAI 1






PENILAI 2

Bahagian A: Persediaan  25%.
Objektif                 
l  Objektif yang diberikan adalah secara tepat dan jelas. Buktinya objektif yang diselitkan boleh di ukur dan murid mampu mengikut perkara yang diajarkan berdasarkan sukatan pelajaran.
Perancangan         
l  Isi kandungan yang disampaikan dan objektif pembelajaran kepada murid adalah bersesuaian dengan sukatan pelajaran
l  Murid menunjukkan minat untuk belajar dengan cara memberikan respon
Strategi / Kaedah
l  Guru menggunakan strategi atau kaedah yang bersesuaian terhadap pembelajaran yang diajarkan iaitu teknik “perbincangan, soal jawab”. Strategi yang digunakan adalah bersesuaian.
l  Guru menyediakan pelbagai bahan bantu mengajar yang terdiri daripada bahan daripada ICT
Kemahiran Berfikir / kemahiran berbahasa / nilai
l  Guru memberikan rangsangan kepada murid untuk berfikir
l  Terdapat nilai-nilai yang guru telah terapkan semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran.
l  Guru memberi arahan dengan jelas serta murid memahami maklumat yang disampaikan oleh guru.
l  Guru menggunakan kemahiran berbahasa ibunda dan murid faham apa yang telah diajar.
l  Terdapat penilaian dalam pembelajaran.

BAHAGIAN B :  Perkembangan 60 %
Permulaan Pengajaran
l  Guru telah membuat kesediaan kepada pelajar semasa hendak memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.
l  guru berkeupayaan untuk menarik perhatian murid dengan memulakan tayangan video semasa permulaan pembelajaran sebagai set induksi kepada guru.
Perkembangan Pengajaran
l  Guru telah memberi penerangan dengan baik terhadap jenis perwatakan yang diajar kepada pelajar.
l  Guru mengaitkan contoh penerangan tersebut dengan contoh yang lebih mudah difahami.
l  Guru perlu memberikan peneguhan positif apabila murid dapat menjawab soalan yang diajukan dengan betul.
Penggunaan Kemahiran Berfikir Aras Tingi
l  Guru telah bertanya kepada pelajar berdasarkan perwatakan yang diketahui dan ini telah menyumbang kepada kemahiran berfikir aras tinggi pelajar ( KBAT) melalui tayangan video.
Pengurusan Bilik Darjah
l  Kelas berjaya dikendalikan dengan baik dan terkawal.
l  Guru bijak mengelola dan mengurus bahan yang digunakan
Komunikasi / Pertuturan
l  Guru telah berjaya mewujudkan komunikasi dua hala iaitu antara guru dan pelajar serta pelajar dan guru.
l  Komunikasi yang diberikan oleh guru, memberikan kefahaman kepada pelajar
l  Guru telah berinteraksi terhadap murid dengan berkesan.
Pencapaian objektif
l  Objektif pengajaran dan pembelajaran guru berjaya di capai, guru dapat melaksanakan set induksi, langkah 1, langkah 2, langkah 3dan penutup dengan baik.
Pentaksiran
l  Guru telah menjalankan pentaksiran dengan baik, pentaksiran telah wujud dari aktiviti berkumpulan, soal jawab dan lembaran kerja yang diedarkan.
l  Guru telah mendekati murid untuk memastikan murid melaksanakan aktiviti yang diberi.
l  Guru sentiasa memantau murid dalam menjalankan aktiviti
Penguasaan Isi Pelajaran
l  Guru amat menguasai tentang jenis-jenis watak dengan baik
Penyertaan Murid
l  Semua murid telah melibatkan diri dengan aktif semasa aktiviti pembelajaran sedang dilaksanakan oleh guru.
l  Guru perlu memberi tumpuan kepada pelajar yang pasif di dalam setiap kelompok mereka.
Penggunaan Alat Bantu Mengajar.
l  Guru amat cekap dan kreatif dalam penggunaan dan penghasilan alat bantu mengajar.
l  Alat bantu mengajar yang dihasilkan amat menarik dan memberi peluang kepada murid untuk lebih mudah memahami perkara yang diajarkan.
l  Guru telah menggunaan Ict dalam pengajaran
Penutup pengajaran
l  Guru telah membuat rumusan pengajaran
l  Guru telah menyuruh murid melakukan rumusan keseluruhan
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
l  Guru telah  memberikan refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh.

BAHAGIAN C: Sikap dan Sahsiah (10%)
Penampilan diri dan ciri-ciri profesional
l  Guru telah mempamerkan penampilan diri yang agak kemas.
l  Guru bersopan santun dan berbudi bahasa semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.
l  Guru sentiasa menonjolkan sikap yang positif kepada murid.
l  Guru menunjukkan sikap yang bertanggungjawab dan berdedikasi untuk memberi tahap kefahaman yang tinggi kepada murid.



No comments:

Post a Comment